Hari Pertama di Pulau Perhentian.

Weeeeeeeeeeeehu! 



Inilah suasana dalam feri kami... Excited semua nak menuju ke Pulau Perhentian Besar.




Nak masuk pi chalet kami di Pulau Besar tu, feri besorr takleh masuk, jadi kena transfer bot kecil sedikit. Dalam sesi transfer tu, ape lagi.... aksi-aksi kami laa di atas bot kecil tu. Lecturer kami pun tidak ketinggalan. Huhuhu!


 Sampai je di Pulau Perhentian Besar, sebelum pemberian chalet kami, kami pun makan tengah hari dan santai-santai sebentar.


Lepas bersantai-santai, kami teruskan dengan aktiviti snorkling. Tapi sebelum tu, kami semua dikehendaki untuk membuat water confident bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini sekaligus memudahkan aktiviti snorkling berjalan dengan lancar.


Setelah siap aktiviti water confident, kami pun di bawa ke pulau-pulau yang disediakan dalam pakej kami seperti Pulau Rawa, Shark Point, Turtle Point dan lain-lain...






Selesai snorkeling, kami pun balik berehat... Setibanya waktu malam, kami teruskan dengan aktiviti ber-BBQ...


0 comments:

Post a Comment